
Secara ringkas, konsep keibubapaan membawa maksud tanggapan atau pengertian yang berkaitan dengan sikap atau kelakuan ibu bapa.
Sikap dan kelakuan tersebut berkaitan dengan cara mendidik anak-anak. Cara ibu bapa mendidik anak-anak bergantung pula pada beberapa situasi seperti usia anak, personaliti anak, pengalaman silam ibu bapa, dan sikap ibu bapa sendiri. Corak mendidik anak biasanya dibahagi kepada tiga bahagian, iaitu:
i. Demokrasi-Mengawal
ii. Batasan-Tiada Batasan
iii. Mesra-Tidak Mesra
Dalam konteks yang lebih luas pula membawa maksud membantu anak-anak dari segi:
i. Perkembangan kemahiran sosial dalam kumpulan.
ii. Pencapaian kejayaan di sekolah.
iii. Perkembangan moral.
iv. Pembelajaran peranan sosial pada masa akan datang.
v. Persediaan menghadapi zaman remaja dan lebih berdikari.
vi. Hak dan tamggungjawab.
Sumber: Azizi Yahya, et al. (2009). MODAL INSAN: Membentuk Keluarga Berkesan. Skudai: Penerbit UTM Press.
